Sunday, July 16, 2006

OVERHALL KERETA WIRA

Pada 10 Julai 2006 aku telah pergi ke PAKR Kerdau dan sempat melawat Bandar Pusat Jengka yg telah lama aku tak tengok semasa di JKR Pahang tempoh back 1988 semasa berurusan dengan Sistem Bekalan Air Negeri Pahang .
Bandar Pusat Jengka telah membangun tetapi rasanya dalam tempoh 18 Tahun yg lalu kadar pembangunan berbanding kebiasaanya agak perlahan juga .
Aku terus ke PAKR Luit untuk berdialog dgn Pembeli dan bakal Pembeli Perumahan PAKR LUIT .
Jam 3.30 ptg bersama dengan 2 Exco Pahang Dato Sofi dan Dato Anuar ( ADUN Luit ) dan wakil wakil dari JPN dan Jabatan di Pahang telah berdialog sampai jam 5.00 ptg .
Jam 5.30 ptg aku terus jalan balik ke KL melalui Hiway Pantai Timur .
Sabelum itu semasa mula masuk ke Hiway aku terasa bau yg tidak selesa .
Lebeh kurang sebelum sampai ke Tol Karak dalam 15 Km kereta aku telah meragam rasa macam 3 selinder saja yg berjalan. Aku singgah di Worksyop Karak budak Melayu dan advice ganti 4 biji Spark Plug . Aku terus jalan ke KL dengan bimbang keadaan kereta.
Alhamdulilah sampai juga aku di Petronas Ulu Klang dan aku singgah untuk solat magrib dan isyak pada jam 8.00 malam .
Lepas tu aku RELAX dan sempat minum dan makan coklat ....
8.45 malam aku terus jalan ke BTHO dgn keadaan kereta yg sama ....dan sampai rumah jam 9.30 malam .... dan twerus RELAX dan Zai rupanya pun gelisahj saja ....

Pada esoknya kebetulan aku ada temujanji dgn Dr di Klinik HUKM ..jadi pagi lagi aku gunakan Honda untuk ke Klinik . Jam 10.00pagi sempat lagi ke MBB Balakong .
11.00 pagi aku hantar kereta ke C n K BTHO dan minta nasihat Foreman .
Jam 2.30 ptg aku check lagi dan didapati VALVE No. 4 telah berlobang .
Jadi aku buat keputusan untuk buat Overhall sekali .....
Jadi mulau 11 Julai 06 ( Selasa ) sampai 14 JUlai 06 Kereta WIRA di Woksyop untuk OVERHALL . Pada 14 Julai 06 6.00 ptg telah siap tapi aku ambil pada 15 Julai 05 ( Sabtu ) dan aku bayar TUNAI sebanyak RM 2,439.00 .

Semasa kereta di baiki aku telah gunakan HONDA untuk ke pejabat di Shah Alam .
Aku datang awal pagi dan balik selewatnya jam 4.00 ptg dan melalui KESAS .

Satu dugaan dan cabaran yg terpaksa aku hadapi dengan guna kereta lama Honda dan terpaksa berbelanja untuk Overhall . Kebetulan pada hari lahirku yg ke 53 TAHUN. Apakah aku perlu lebeh cekal dan berhati hati dan lebeh sedar lagi.....!!!!!!

Kereta WIRA aku ini masih dalam hutang kerajaan untuk 2 tahun lagi dan aku masih ada 3 tahun lagi untuk berkhidmat dgn Kerajaan.

SAMUGA AKU TERUS CEKAL DENGAN HIDUP INI. AMIN. AMIN AMIN.....

No comments: