Tuesday, May 16, 2006

Peristiwa Rumah di BTHO

Hari ini aku baru balik dari hantar Hajar ke KMJ yang di pilihnya sendiri satelah mempertimgkan tempat di NS dan melaka telah pernah di huni oleh kedua kakaknya . Alhamdulillah nampaknya tempat pilihannya ini agak lebeh baik dari NS dan Melaka. Bangunan yg baru dan suasana terletak dekat dengan Higway PLUS dan lebeh kurang 3 Km dari Pekan Tangkak.
KMJ ini nampaknya dapat lebeh perhatian dari KPM mungkin kerana menterinya sekarang dari Johor. Kemudahan yang serba lengkap dan tersusun.
Semasa pendaftaran pula agak licin dan cepat . Aku nampak pegawai dari KPM dan Pengarah sendiri memberikan Taklimat kepada Ibu Bapa dan memantau tempat pendaftaran.
Tahniah di ucapkan KMJ .... Samuga anak didiknya akan terus mencapai tahap yang cemerlang ..... 4 FLAT .....

No comments: