Thursday, June 05, 2014

MULAKAN SEMULA MENULIS 5 Jun 2014

Mulakan menulis mulai 5 Jun 2014 TQ

Sunday, July 25, 2010

Mesyuarat AJK RT 4/2010 pada 23 Julai10

Kehadiran AJK seramai 10 orang :
Perbincangan nampak menyeluruh dari Keselamatan Zon B dan Zon C kpd program
Biro Biro . Nampaknya Jiranita mendahului dlm program yg di laksanakan.
Bagi Biro Warga Emas akan mula aktif dgn Ziarah Warga Emas dan Senamrobik nya.
Bagi Biro Jiran muda akan melaksanakan permainan FUTSAL .
Diharapkan Aktiviti yg di rancang akan berjalan lancar.

Saturday, January 30, 2010

DOA MUSTAJAB

DOa Mustajab untuk di amalkan

1) Membaca SURAH AL-WAQIAH

- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran." (Riwayat daripada Ibn Mas'ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

- Sabda Rasulullah SAW:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ

"Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu." (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa').

2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"."

- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-'Ummal, Mu'jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas'ud: Mujma' al-Zawaid)

3)

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ ، وَتُعِزُّ مَن تَشَاء ، وَتُذِلُّ مَن تَشَاء ، بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، تُولِجُ اللَّيْـلَ فِي الْنَّهَارِ ، وَتُولِجُ النَّـهَارَ فِي اللَّيْلِ ، وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ ، وَتُخْرِجُ الْمَيِّـتَ مِنَ الْحَيِّ ، وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَـابٍ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، تُعْطِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُمَا وَتَمْنَعُ مَنْ تَشَاءُ ، اِرْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau memberi kedua-duanya kepada sesiapa yang Engkau mahu. Engkau menahan kedua-duanya terhadap sesiapa yang Engkau mahu. Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu."

- Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Mu'az! Aku mahu ajarkan engkau sebuah doa. Jika engkau menanggung segunung hutang lalu engkau membacanya nescaya Allah menunaikannya untuk engkau. Bacalah: قل الله مالك اللمك.... (Ayat dan doa di atas)." (Kanz al-Ummal).

4)

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya."

- Sabda Rasulullah SAW:" Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas. ) Riwayat daripada Mu'az bin Jabal: Majma' al-Zawaid, Kanz al-Ummal).

5)

الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ

"Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau."

- Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: "Aku mahu mengajar kamu kalimah yang diajar oleh Rasulullah kepadaku. Jika engkau menanggung segunung hutang tentu Allah akan tunaikannya. Bacalah: اللهم اكفني بحلالك... (Doa di atas)." (Riwayat daripada 'Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib).

6)

الَّلهُمّ رَبَّ السَّماوَاتِ السَبْعِ ، وَرَبَّ العَرْشِ العَظِيْـمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كلِّ شَيْءٍ ، وَمُنْزِلَ التَوْرَاة وَالإِنْجِيْلَ وَالقُرْآنَ ، فَالِقَ الْحَبِّ والنَّوَى ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شرِّ كُلِّ ذِي شَرٍّ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، والظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَالبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ ، اقْضِ عنِّي الدَّيْنَ وَاغْنِنِي مِنَ الفَقْرِ


"Ya Allah, Tuhan bagi tujuh lapisan langit, juga Tuhan 'Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Yang menurunkan Taurat, Injil dan Quran. Yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan buah-buahan. Aku mohon berlindung denganMu daripada kejahatan segala suatu yang jahat yang ubun-ubunnya di dalam genggamanMu. Engkaulah yang awal, tiada suatu pun yang sebelum Engkau. Engkaulah yang akhir, tiada suatu pun yang selepas Engkau. Engkaulah yang zahir, tiada suatu pun yang di atas Engkau. Engkaulah yang batin, tiada suatu pun yang di bawah Engkau. Tunaikanlah hutangku dan berilah aku kekayaan daripada kefakiran."

- Sabda Rasulullah SAW: "Bacalah: اللهم رب السماوات... (Doa di atas)." (Riwayat daripada Abu Hurairah: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Sahih).

7)

الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَ?ْرِ الرِّجَالِ

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

- Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?" Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!" Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku." (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

8)

Sabda Rasulullah SAW:

الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ

"Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu."

Diriwayatkan daripada 'Aisyah RA katanya: "Abu Bakar datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah tunaikan untuknya." Kata Abu Bakar: "Aku telah berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan hutang aku." Kata 'Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku dapat bersedekah dan mewariskan harta." (Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)

9)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


"Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

Sabda Nabi SAW: "Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya dimakbulkan untuknya

Hari Anak beranak berkumpul 30 Jan2010

Hari ini sabtu 30 Jan 2010 anak anak berkumpul dan buat masakan Nasi Ayam
Esok Hajar akan balik ke Makasar untuk meneruskan pengajian nya.
Samuga akan terus tabah ....

Friday, December 12, 2008

CERITA DARI PERMATANG PAUH

THURSDAY, SEPTEMBER 4, 2008
Permatang Pauh Menguji Kematangan ‘Berpolitik’ Pas
Posted by Dun Batu Burok Molek Doh Weh

Ramai yang bertanya kepada saya kenapa pemimpin Partai Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim mampu memenangi pilihanraya kecil di Permatang Pauh dengan jumlah perolehan majoriti yang lebih besar dari yang di jangkakan oleh ramai kalangan pengamat politik tanahair. Malah majoriti lebih 15 ribu yang di perolehi oleh beliau menjangkaui batasan kaum dan agama. Boleh dikatakan kesemua saluran pengundi samada yang muda, remaja, wanita dan yang tua telah memberi undi ‘selesa’ kepada beliau.
Pilihanraya kecil ini berjalan di dalam suasana terdapat pelbagai bentuk ‘propaganda murahan’ yang di canangkan agar pimpinan Pas mengambil keputusan ‘memboikot’ sahaja pilihanraya kecil tersebut dek kerana Pas telah di ‘pencilkan’ dari apa-apa peranan di Pulau Pinang. Ini di tambah dengan publisiti sensasi media perdana yang cuba memaparkan ‘desakan’ dari beberapa kalangan perwakilan Muktamar Pas di Ipoh yang mahukan pimpinan parti menilai semula kedudukan Pas di dalam Pakatan dengan alasan Islam dan Melayu kini telah terpinggir. Namun keputusan yang di buat oleh pimpinan Pas dan perwakilan di dalam Muktamar di Ipoh amat jelas iaitu ‘terus kekal bersama Pakatan dan mengukuhkan lagi gabungan Pakatan’. Bagi saya ini merupakan suatu keputusan yang amat bijak dan matang.
Tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa Pas mempunyai perbezaan dengan PKR mahupun Dap. Namun apakah perbezaan tersebut boleh menjadikan kita berpecah dan keluar dari Pakatan? Apakah kita mahu ‘mengkhianati’ mandat serta mesej yang disampaikan oleh rakyat dalam Pilihan raya Umum ke-12 baru-baru ini? Lima buah negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN turut hilang majoriti dua pertiga. Buat julung kalinya pengundi-pengundi berbangsa Cina dan India memberi undi secara ‘terbuka’ kepada Pas. Ada dari kalangan mereka yang bukan sahaja berkempen tapi menjadi tenaga parti sepenuh masa untuk Pas. Malahan tidak sedikit kerusi-kerusi campuran (mixed seat) yang kita menangi.
Ya kita berbeza dengan PKR dan Dap dalam soal ‘Negara Islam’ yang dikatakan menjadi pegangan Pas. Kita juga berbeza dengan pegangan Dap yang mahukan konsep ‘Malaysian Malaysia’ diketengahkan kepada rakyat Malaysia. Begitu juga dengan pandangan PKR mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB). Namun apakah tidak ada langsung ruang kita berdakwah dan memperkenalkan dasar pentadbiran Islam kita seperti yang telah dan sedang di lakukan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan?
Persoalannya apakah konsep ‘Negara Islam’ yang di bawa oleh Pas mampu di terima oleh pemimpin-pemimpin UMNO? Yang jelas selama ini yang lebih banyak menjadi penghalang perlaksanaan Islam dan ‘mengelirukan’ (atau bahasa yang lebih keras ‘menyesatkan’) umat Islam di Malaysia adalah dari kalangan pimpinan UMNO serta ulamak-ulamak upahan mereka yang terus menerus mencanangkan agama baru ‘Islam Hadhari’. Kita juga tidak mungkin ‘lupa sejarah’ apa yang di lakukan oleh mereka terhadap pemerintahan Pas di Kelantan dan Terengganu. Siapakah yang menyekat perlaksanaan Islam di Kelantan dan Terengganu? Siapakah yang menarik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat? Siapakah yang menjadi penghalang kepada pemimpin Pas berkhutbah dan berkuliah di masjid dan surau? Siapakah pula yang selama ini mencaci dan memaki hamun ulamak-ulamak Pas?
Lebih penting lagi setakat ini gabungan Pakatan terus memerintah dengan baik di negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan propaganda jahat UMNO/BN. Malah usaha mensabotaj kelima-lima negeri pimpinan Pakatan ini terus berjalan tanpa mengenal etika serta adab berpolitik.
Namun saya amat gembira apabila arus ‘tsunami’ pilihanraya terus melanda persada politik negara sehingga ke Permatang Pauh. Kita terus berpegang teguh kepada thiqah perjuangan kita.Kita terus maju kehadapan bukan sahaja sebagai parti yang tahu berpolitik tapi juga parti yang tahu berdakwah. Soal dasar perjuangan Pas tidak sekali-kali kita berkompromi apatah lagi soal maruah dan martabat Islam.
Amat besar ertinya perpaduan Pakatan apabila saya melihat contoh bagaimana ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang setia seperti Ustaz Abu dan kak Minah dapat bergabung tenaga dengan pekerja parti dari Dap seperti Ah Chong dan Ranjit serta pekerja parti dari PKR seperti William dan Menachi. Mereka berkempen dari rumah ke rumah bersama, memasang poster bersama serta makan dan minum bersama tanpa mengira perbezaan kaum dan agama. Saya bertanya kepada diri saya kenapa mereka boleh begitu mesra sedangkan Ustaz Abu berserban, Kak Minah pula bertudung labuh dan berjubah, sedangkan Ah Chong beseluar pendek dan Menachi memakai jeans dan tidak bertudung. Tidakkan Ah Chong, Ranjit, Menachi dan William ‘gerun’ dengan penampilan Ustaz Abu yang berserban dan berjanggut panjang itu? Atau apakah kak Minah tidak mahu bertegur sapa dengan Menachi kerana memakai jeans dan tidak bertudung?
Siapa sahaja yang berada sepanjang kempen di Permatang Pauh akan dapat merasa deyut pengorbanan yang dilakukan oleh ahli-ajhli Pas dari seluruh negara yang ‘turun berkempen’ selaras dengan kehendak dan arahan pimpinan parti. Mereka ini tidak pernah meminta apa-apa habuan malah mengeluarkan wang saku mereka sendiri untuk turut sama berkempen. Ada di antara mereka terdiri dari kalangan pensyarah universiti, ada yang menjadi jurutera malah ada juga yang terdiri dari kalangan surirumah, nelayan dan petani. Mereka datang ke Permatang Pauh semata-mata mahukan UMNO dinyahkan!
Yang pasti cara berkempen UNMO /BN di Permatang Pauh amat memalu dan memualkan. Tidak ada isu lain dari ‘Anwar liwat’, ‘Anwar menggadai hak Melayu’ . “Kalau Anwar PM Islam dan Melayu akan terhakis’ serta . seperti biasa jentera 3M (Money, machinery dan Media) mereka mereka terus di beri peranan penting. Media perdana seperti RTM, TV3 setrta Utusan Malaysia dan Berita Haria tidap pernah mahu belajar dari penolakan rakyat terhadap mereka dalam pemilu yang lepas. Kebiadapan etika pemberitaan serta keangkuhan mereka terus terserlah dengan propaganda murahan tanpa henti sepanjang kempen. Mungkin mereka masih merasa bahawa pengundi di Permatang Pauh ‘bodoh’ dan boleh di suap dengan apa sahaja hidangan propaganda UMNO/BN.
Amat berbeza dengan gaya berkempen Anwar Ibrahim. Selama kempennya, beliau telah menawarkan kepada rakyat Malaysia alternatif pembenterasan korupsi dan salahguna kuasa, menurunkan harga minyak serta meningkatkan daya saing ekonomi, membuka peluang pekerjaan yang lebih luas untuk semua rakyat Malaysia serta berkempen diatas landasan ‘Malaysia untuk semua’ tanpa mengira fahaman kaum dan agama yang sempit.
Namun yang jelas natijah dari keputusan di Permatang Pauh membawa mesej agar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera bukan sahaja datang dari rakyat dan parti pembangkang sahaja, bahkan dari kalangan Umno dan BN sendiri. SAPP, sebuah komponen BN dari Sabah secara terang-terangan menyatakan tidak percaya kepada Abdullah Badawi, manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir serta anaknya beliau Mukhriz Mahathir terus menerus mendesak agar Perdana Menteri berundur segera.
Yang pasti, keputusan Permatang Pauh telah menghantar mesej yang jelas kepada Abdullah Badawi bahawa kepemimpinannya sudah tidak relevan dan beliau mesti berhenti segera. Politik perkauman dan fahaman yang sempit yang di bawa oleh UMNO/BN akan terus ditolak oleh rakyat Malaysia. Ayuh rakyat Malaysia kita perkasakan Pakatan Rakyat dan nyahkan UMNO/BN dari persada politik negara.

40 TIPS UNTUK JIMAT PETROL

40 Tips untuk jimat petrol kereta
Dilulus terbit pada Thursday, December 04 @ 07:53:06 MYT oleh TokPenghulu


1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )
4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...
5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem
6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau
7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race
- kejar.. jgn tak kejar
8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)
9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin
10. Berkongsi kereta
11. Naik motor (4 lejang)
12. Naik Basikal
13. Naik pengangkutan awam
14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)
16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog
17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak
19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah
20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)
21. Guna engin Electric (pakai bateri)
22. Gunakan tenaga solar
23. Kurangkan penggunaan air-con,
24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)
26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)
27. Loweredkan kereta anda
28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus

29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.
31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.
32.. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja.
Penggunaan minyak bergantung kepada
weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....
34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk [ fcp://@fc.ramunia.com,%2318476420/ MailBox/_ blank/home.howstuffworks. com/smart- window.htm
]http://home. howstuffworks. com/smart- window..htm
36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compresso r.com) atau Air Injector (www.air-injector. com)
38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
39. Perbanyakkan stesen Petronas
40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

CERITA MOHAMAD SABU

MOHAMAD SABU

"Mohd Sabu bukan ulamak, bukan ustaz, bukan peguam, bukan teknokrat, bukan ahli perniagaan yang jutawan, tapi dia juga bukan bekas atau mantan mana-mana parti politik. Ertinya, dia adalah manusia yang berjuang di dalam gerakan Islam berbekalkan keyakinan, kesetiaan dan keberanian yang tiada taranya.

Mungkin beliau satu-satunya, pejuang yang tidak punya apa-apa, tapi beliau mempunyai nama yang cukup besar, sebesar perjuangannya. Perjuangannya tidak kenal penat lelah, tidak kenal jemu atau bosan, tidak kenal rehat atau berundur.
Malah dia adalah satu-satunya manusia yang paling berani berdepan dengan kekuatan pasukan polis dalam setiap aksi demo perjuangan demi untuk rakyat kecil atau demi perjuangan ugamanya.

Dari seorang anak muda bersemangat revolusi yang meluap-luap hingga sekarang menjadi otai yang sangat kaya dengan pengelaman perjuangan, beliau menghadapi segala pahit getir perjuangan dengan cara yang luar biasa, beliau menghadapi segal-galanya dengan penuh pasrah, tsiqah, wala', setia pada jamaah sepenuhnya.

Bukan sedikit cubaan dan cabaran yang telah beliau hadapi, sepanjang perjuangan ini.

Mohd Sabu merengkok di Kem Kemunting, ditahan oleh sebuah akta yang zalim, hanya kerana sebuah perjuangan kebenaran dan keadilan. Seluruh keluarganya menderita kesakitan menghadapi ujian ini.

Tapi Mohd Sabu tidak pernah merajuk!.

Beliau pernah ditimpa musibah fitnah konspirasi yang sangat ditakutinya, yakni konspirasi Hotel Perdana. Beliau sendiri mengakui, cubaan inilah yang hampir-hampir memusnahkannya.

Tapi Mohd Sabu tidak pernah merajuk!.

Suatu waktu, beliau yang terbukti sangat setia pada jamaah telah dikalahkan dalam perebutan jawatan Naib Presiden Parti oleh seorang pendatang baru,kerana perwakilan terpukau dengan nama besar pendatang baru tersebut.
Tapi Mohd sabu tidak pernah merajuk!.
Setiap kali pilihan raya umum, beliau dilontar ke merata tempat di pelusuk tanah air ini untuk bertanding sebagai calun jamaah, dan beliau tidak pernah merungut walau pun beliau tahu kawasan tersebut atau lawannya nanti terlalu sukar untuk beliau menangi.

Tapi Mohd Sabu tidak pernah merajuk!.

Di dalam jamaah, beliau sering dituduh seorang yang condong kepada syiah atau Revolusi Iran, tapi beliau tidak melenting, melatah atau mencari kontroversi.
Dan Mohd Sabu tidak pernah merajuk!
Plihan raya Parlimen Kuala Terengganu kelak, seandainya Pas Terengganu atau pusat lebih berminat untuk meletak calun lain yang dipercayai lebih berpotensi untuk menang, bererti Mohd Sabu akan dikucilkan.
Dan saya yakin, Mohd Sabu tidak akan merajuk, kerana beliau adalah manusia perjuangan yang kaya dengan kekalahan demi kekalahan. Beliau sememangnya tentera jamaah yang tiada duanya. Percayalah.
Apa yang dikuatiri, kalau-kalau pengundi parlimen Kuala Terengganu yang akan merajuk!

Walaupun nama calun belum diputuskan secara rasmi oleh kedua-dua pehak, PAS dan pakatan rakyat tetap dengan tokoh dan pejuang rakyat yang tertindas Sdr. Haji Muhammad Sabu atau panggilan popular dikalangan penyokong dan peminat di Malaysia Abang Mat Sabu.


Umno dan barisan nasional pula dengan seorang tokoh yang dipuja oleh penyokong dan peminat mencari "projek" dan sahabat karib Sdr, Khairi Jamaluddin. Beliau yang terkenal dengan isu "tembak" penyokong PAS di Batu Buruk. Namanya Datuk Wan Farid ketua bahagian umno Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, menteri yang jaga polis Malaysia.

Kedua-dua tokoh ini akan bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terenggnu. Walaupun belum disahkan secara rasmi. Namun Abang Mat Sabu dari Pas (pakatan Rakayat) dan Wan Farid dari umno atau barisan nasional telah disah kan pengundi seluruh parlimen Kuala Terengganu.

Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu akan berlaku tiga atau empat penjuru. Iaitu dari PAS, UMNO, BEBAS, dan BEBAS tajaan. Pilihanray kecil paling sengit selepas PRU 12.

Rata-rata pengundi di Parlimen Kuala Terenggnau mahu Abang Mat Sabu bertanding semula. Peluang Abang Mat Sabu cukup baik dan selesa. Dari pehak umno atau BN pula pengundi mahukan Wan Farid, ditas nama ketua bahagian dan sekutu PAK LAH dan sahabat karib Khairi Jamaluddin.

KENAPA ABANGA MAT SABU JADI PILIHAN RAMAI?......
( Harakah terbit 29 Mei 1995).kami paparkan secara rengkas tulisan Sasterawan Negara Datuk Sahnon Amad )

Pertama, Pejuang yang atau tokoh yang membawa kepentas rakyat dengan ISU PENYELEWENGAN, KRISIS DALAMDAN LUAR.

Kedua, setiap isu yag dibawa di paparkan dengan isi dan fakta dalam setipa ceramah.

Ketiga, setiap isu dan hujjah serta pandangan cukup menyakinkan pendengar ceramah baik dari parti lawan termasuk dalam pembahsan semasa dalam parlimen.

Keempat, ada keberanian dan tidak takut pada ancaman dan ugutan terutama polis dan SB.

Kelima, ada stail dan gaya serta penambilan bagaikan hero Hindustan (saya tambah sikit)

Keenam, bahasa dan suara gaya, dengan nada berseloruh tapi padat dengan hujah dan fakta.

Ketujuh, penghibur seorang pejuang Islam, cita-citanya ingin mati syahid di jalan Allah. dan pro Iran dan Hisbullah di Lebonan dan seluruh dunia. "




Faktor Yang Boleh 'Mengkecundangkan' PAS Dalam PRK P36
Dilulus terbit pada Saturday, December 06 @ 07:39:47 MYT oleh TokBatin
Oleh IkangDukang


"Kemahiran berfikiran negatif adalah satu satu aset yang perlu dilihat secara positif oleh para pengkaji. Keterbalikkannya menyatakan bahawa berfikiran positif ada buruknya kalau tidak dineutralkan dengan fikiran negatif ini.

Justeru itu marilah kita melihat dari sudut negatif tentang peluang PAS/Pakatan Rakyat untuk menawan kerusi P36 pada 17 Januari 2009 nanti. Di sini saya gariskan beberapa faktor yang mungkin boleh mengkecundangkan PAS/Pakatan Rakyat dalam merealisasikan hasrat dan misinya.

1. Faktor kawalan media massa

Seperti selalunya dalam mana-mana PRU atau PRK, UMNO/BN sudah pasti memaksimumkan pengeksploitasian terhadap media sama ada media cetak atau eletronik. Isu ini mungkin sebahagian kita menganggapnya lumrah dan mungkin ada beranggapan bahawa cabang 3M (media, machinery, money) ini tidak berkesan lagi. Ini anggapan yang salah. Ia bergantung kepada isu. UMNO/BN mempunyai isu-isu terkini untuk memerangkap lawannya. Antaranya, isu tulisan Jawi, ternakan babi, isu azan, isu kelemahan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan dan seumpamanya boleh diungkit semula dengan cara yang lebih segar.

2. Faktor Wang Ehsan
Sebahagian daripada pengundi P36 merupakan golongan yang memerlukan bantuan wang ehsan dari semasa ke semasa. Mereka bimbang bantuan kepada mereka disekat sekiranya mereka mendekati ceramah-ceramah PAS/Pakatan. Malah membuka pintu untuk dimasuki perayu undi pembangkang pun mereka takut. Apalagi untuk disyaki memberi undi kepada calon PAS. Di samping mengharap bantuan itu tidak disekat, mereka juga sudah pasti disogok dengan pelbagai bantuan semasa tempoh kempen PRK. Atas dasar mengenang budi dan jasa serta mungkin diminta berjanji untuk memangkah UMNO/BN, mereka sudah pasti memberi undi kepada calon UMNO/BN. Perlu kita sedari bahawa tidak sedikit penyokong PAS (apalagi pengundi atas pagar) yang takut untuk menyebelahi PAS atas factor kebendaan ini.

3. Faktor Calon Luar
Sebenarnya sebagai ahli PAS saya kagumi kehebatan Mohd Sabu dalam memperjuangkan isu-isu rakyat di Parlimen. Dan sebagai ahli yang taat saya tetap wala’ kepada keputusan parti. Namun, saya memikirkan tentang congakan mudah ini. Katakan 1% sahaja daripada 60 000 pengundi menolak Mohd Sabu atas faktor calon import. Ini bermakna PAS hilang 600 undi dan BN bertambah 600 undi. Bermakna jika situasi 50-50, katakan 85% keluar mengundi daripada 60 000 iaitu 51 000 pengundi, dibahagidua antara PAS dan UMNO, maka masing-masing dapat 25 500 undi. Apabila PAS kehilangan 600 undi (kerana faktor calon luar tadi) bermakna PAS dapat 24 900 undi dan UMNO pula dapat 26 100 termasuk 600 undi yang lari dari PAS. Ini memberi natijah BN menang dengan majority 1 200 undi. 600 undi ini dijangka dari pengundi atas pagar yang mudah dimainkan sentimennya oleh BN atau mereka sendiri tidak suka diwakili oleh orang luar. Kenapa pilih orang luar sedangkan orang tempatan ada (calon BN), fikir mereka.. (Faktor ini sesuai sekiranya PAS mencalonkan Mohd Sabu.

Tiga factor ini dibentangkan bukan bertujuan untuk kita bersikap negatif. Pemikiran negatif tidak menuntut kita bersikap negatif. Motif pemikiran negatif ialah mendedahkan kemungkinan gagal untuk dicari langkah mengatasinya. Di sini saya serahkan pepada pemikir dan ahli strategis parti untuk menterbalikkan andaian ‘karut’ ini.

DUNIA KAPITALIS AKAN BERAKHIR

Titik nokhtah dunia kapitalis

Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun ini. Krisis kali ini lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.

Kita hanya membaca zaman meleset yang berlaku pada tahun 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Apa yang kita tahu hanya melalui surah sejarah tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu. Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu.


Zaman meleset di Amerika berlaku 80 tahun dahulu.

Lapan puluh tahun dahulu Tanah Melayu masih di bawah penjajah British. Getah baru sahaja sampai dari Brazil pada tahun 1902. Sistem ekonomi kapitalis belum melebar. Jual beli duit ringgit belum menjadi budaya. Malah banyak warga langsung tidak memiliki duit. Bertukar-tukar barang masih lagi budaya ekonomi. Masyarakat konsumer yang kita lihat disekeliling kita hari ini masih belum wujud.

Rumah kita di kampung memakai lampu damar, kita memasak dengan kayu dan mengambil air dari perigi. Kita ke sawah setahun sekali. Di pekan lampu jalan memakai lampu minyak pam. Kereta satu benda yang ajaib – kalau bernasib baik kereta melintasi kampung kita – kita berkumpul berkerumun untuk melihatnya.

Saya sendiri belum wujud pada tahun 1929. Apa yang saya tulis ini hanyalah menyambung surah dari arwah ibu dan ayah saya. Zaman ini telah lama berakhir. Hari ini kita melihat zaman ini sebagai Zaman Dahulu, kita panggil zaman ini Zaman Lampau atau Zaman Tok Kaduk. Apakah ini tepat?

Sebelum menjawab soalan itu kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini.

Untuk ujian pertama sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul.

Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumer – budaya yang lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset.

Jangan dengar cakap cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat dari krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis mana mungkin hanya Malaysia terselamat. Ini mustahil. Ini pembohongan. Ini betul-betul macam Razak Baginda berkata yang Najib tidak mengenal Altantuya. Bohong.

Fakta : Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada tahun 2008 tetapi tahun lalu 2007. Ini fakta resmi kerajaan Amerika Syarikat. Negara Iceland telah jatuh muflis. Tiga syarikat kereta yang terbesar dalam dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis.

Di UK syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar – beli satu kereta dapat satu percuma. Ini kerana tidak ada lagi pembeli yang ingin membeli kereta. Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan. Ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai.

Satu demi satu bank besar dan syarikat mata wang gergasi telah tutup kedai.

Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh ertinya pendapatan negara kita kurang. Tahun lalu Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa? Bukankah Abdullah Badawi merasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang?

Hari ini Indek Komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum. Apakah kalau indek naik maknanya ekonomi baik. Jika indek turun tidak ada seorang menteri pun yang mengeluarkan kenyataan seolah olah mereka semua telah jadi rabun dan buta.

Tahun hadapan kita akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami ianya bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan.

Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh. Maknnya kalau dulu kita boleh beli kapal selam dari Perancis dengan harga 10 ringgit sebuah. Hari ini kapal selam yang sama harganya menjadi 12 ringgit. Duit ringgit kita rupa dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya.

Noktah sebentar untuk bertanya apakah ada jalan untuk menghadapai krisis ini?

Pasti ada. Sebelum ombak krisis ekonomi ini menggelora sampai kita wajib menilai kembali budaya konsumer yang kita rayakan. Budaya ini ialah budaya pembaziran yang sedang membawa laknat kepada umat manusia. Kita wajib kembali melihat bumi ini sebagai rahmat untuk kita bercucuk tanam. Tidak ada jalan lain melainkan kita menanam tanaman yang boleh kita makan. Bukan menanam getah atau sawit untuk di eksport agar negara dapat membeli kapal selam. Ini kerja bodoh.

Di Amerika dan di Eropah – berjuta juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit mereka tidak beli barang. Apabila mereka tidak beli barang – kilang kita yang membuat barang akan di tutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang kerja dan kita pula tidak ada duit. Inilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis.

Lingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk di runtuh rantahkan. Bumi adalah untuk kita bercucuk tanam dan menanam tanaman untuk makanan. Kita wajib memisahkan diri kita dari terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer.

Noktah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu. Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu membantu – bergotong royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereak hidup sebagai manusia.

Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika dan di Eropah dimana warga-warga menolak pengunaan duit resmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ini untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer. Mereka menjalankan perniagaan tukar menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas dari belenggu sistem ekonomi kapitalis.

Satu pekara yang wajib kita semua sedari. Pada tahun tahun 30’an apabila ekonomi Amerika dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula. Dalam sistem ekonomi kapitalis perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka. Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat kemudian musnahkan. Buat lagi dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak.

Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis. Dalam perang kemusnhan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom di letupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi.

Industri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Amerika Syarikat, atau lebih tepat di Wall Street adalah sarang dimana kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang. Pada ketika ini di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah.

Justeru – kemungkian perang besar akan bemula tidak boleh di ketepikan. Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang. Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia di buat. Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India. Apa yang berlaku di Bombay baru-baru ini adalah sebahagian dari perancangan perang yang lebih luas.

Noktah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri. Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional? Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai pengguna dan konsumer untuk membeli barangan yang kini telah menyempit bilik kita sendiri.

Jawapannya – sila buka kembali almari kain baju dan lihat apa yang ada di dalamnya. Jawapannya di hadapan mata.(TT)

Artikel asal: http://tukartiub.blogspot.com/

KENDURI WALIMATUL URUS

"Walimatulurus, atau lebih dikenali dengan panggilan " Kenduri Kahwin " tidak asing lagi bagi masyarakat kita pada hari ini. Pada musim cuti persekolahan ini begitu banyak sekali majlis tersebut diadakan. Kadang-kadang kita bermusafir yang jauh untuk meraikannya.

Boleh dikatakan setiap daripada ibubapa merancang untuk mengadakan majlis tersebut apabila mereka mengkahwinkan anak-anak perempuan mereka,sama ada mereka faham atau tiada bahawa hukumnya menjadi tuntutan dalam agama

Hukum Mengadakannya.

Sebagaimana yang telah difahami bahawa hukumnya adalah termasuk dalam kumpulan sunat-sunat yang dituntut supaya melaksanakannya. Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh akan hal ini. Sabda baginda yang ertinya " buatlah oleh kamu akan walimah walaupun dengan seekor kambing". Itu sebagai satu pengisytiharan daripada kedua-kedua pihak bahawa mereka telah berkahwin dan sebagai tanda kesyukuran selain daripada untuk menyukakan sepasang suami isteri yang baru diijab kabulkan. Dari kerana itu sunat diberi hadiah kepada sepasang suami isteri itu sebagai tanda meraikannya.

Perlaksanaannya

Sebagaimana yang kita sedia fahami, dalam ajaran agama kita, mengadakan majlis itu tidaklah kerana bermegah-megah. Apatah lagi untuk mendapat keuntungan
dengan kehadiran mereka yang dijemput. Banyak terjadi dari kalangan masyarakat kita pada hari ini yang sanggup berhutang bergadai untuk mengadakan majlis tersebut dari kerana perbelanjaan tidak mencukupi pada hal mereka daripada orang-orang yang susah. Islam tidak memberati umatnya supaya berbuat sesuatu yang diluar kemampuan. Mengapa kita sampai ketahap berhutang kerana hendak mengadakannya secara yang lebih besar pada hal sudah mencukupi jika dilaksanakan secara kecil-kecilan dan tidak perlu berhutang. Islam tidak menyuruh kita berbuat demikian.
Jikalau perkara ini berlaku juga,kita mesti terfikir-fikir,daripada mana agaknya si tuan rumah hendak dapatkan wang untuk membayarkan semua hutang-hutangnya nanti.
Saya pernah diberitahu bahawa bayaran hutang itu setelah majlis perkahwinan dijalankan. Hasilnya daripada mana?. Kata mereka hasil sumbangan daripada para jemputan yang hadir. Kalau kita bertanya kembali kepada mereka,bagaimana jika ditakdirkan pada hari tersebut hujan lebat yang menyebabkan orang-orang yang dijemput tidak dapat hadir seramai yang dijangka,maka sumbangan pada adatnya tidak sebanyak yang dijangka oleh si tuan rumah. Dari mana pula si tuan rumah nak bayar hutangnya itu.

Sebenarnya dalam contoh seperti ini tuan rumah telah melakukan beberapa kesalahan.

Pertamanya,
Berhutang pada tempat yang tidak disuruh. Lebih-lebih lagi jika yang berhutang itu orang yang susah yang tiada suatupun yang dia sendiri nampak daripada mana sumber yang ia dapat membayarnya nanti atau cagaran, pada hal kesusahannya itu disembunyikan daripada yang memberi hutang,maka berhutang itu hukumnya haram. Bersalahan jika tuan yang memberi hutang itu mengentahui akan halnya dan memberi juga hutang itu,maka tiada haram.Adapun bercagarkan kepada sesuatu yang belum pasti,seperti kalau ada sumbangan,dapatlah bayar maka tiada diterima. Kalau kita pergi ke bank nak buat pinjaman pun,pihak bank menolak permohonan itu.
Perlu diketahui bahawa dalam Islam ini hendak berhutang pun ada syaratnya. Jika kita membelakangi syaratnya,maka kita berbuat maksiat dengan Allah.


Dan kedua,
Tidak mengikut sunnah nabi dalam mengadakan majlis tersebut. Sepatutnya kita mengadakannya kerana Allah sebagai tanda kesyukuran dan menyahut seruan nabi, tidak kerana berkehendakkan kepada pulangan atau balasan atau bermegah-megah. Ini dah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Apabila diperolehi pulangan yang banyak,maka berbangga-bangga. Apabila tidak memperolehi pulangan yang banyak,muka nampak muram. Lebih-lebih lagi jika sumbangan yang diterima itu tidak melepasi hutang yang ditanggung.

BERSANDING

Dalam harakah keluaran 28-30 November 2008 yang lepas pada ruangan fikrah ada yang mengulas pasal bersanding.Saya suka nak buat sedikit komentar. Maaf jika apa yang saya katakan ini tidak menempati.
Disebut di situ harus/boleh pasangan pengantin bersanding di depan khalayak ramai jika pengantin perempuan itu menutup aurat. Saya nak saudara kaum muslimin/muslimat sekelian sama-sama fikir beberapa perkara sebelum mengiakan apa yang disebut itu. Sebelum itu kita mesti ingat bahawa tempat ambilan hukum kita adalah Quran,hadis,ijmak ulamak dan qias. Segala masalah hukum yang berkisar dalam kehidupan kita ini, kita boleh rujuk dalam kitab-kitab karangan ulamak. Dan setiap hukum sama ada tegah atau suruh ada padanya sebab dan hikmah. Islam lebih memelihara muslihat terhadap sesuatu perintah itu. Jika sesuatu perkara itu harus pada asalnya,tetapi boleh mendatangkan fitnah atau mudharat,maka perkara itu tertegah pada masa itu. Begitu juga sesuatu yang asalnya tertegah,tetapi jika tidak memperbuatnya boleh mendatangkan mudharat yang lebih besar lagi,maka tidak ditegah pada masa itu bahkan terkadangnya wajib. Dalam masalah bersanding yang disebutkan boleh itu sehingga membuka ruang bagi yang memang suka dengan perbuatan itu,perlu memikirkan beberapa persoalan.

1. Apa tujuan persandingan itu.

Sudah tentu untuk memperlihatkan kepada orang-orang yang datang pada majlis itu. Apakah persandingan yang berlaku sekarang ini hanya di depan mahram bagi pengantin perempuan itu atau di hadapan golongan perempuan sahaja?. Tidak adakah di situ laki-laki ajnabi melihatnya. Bila ada laki-laki lain melihatnya,maka pihak yang terlibat itu telah membuka satu ruang kepada laki-laki untuk melanggar perintah Allah. Allah s.w.t. telah memerintahkan kepada nabinya dengan firmanNya yang Maha Tinggi yang ertinya :

" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan ".
Surah An Nur ayat 30

Kita sebagai hamba Allah jangan sekali-kali memandang kecil apa sahaja yang ditegah oleh Allah jika kita benar-benar ingin mendapat redhaNya. Lebih-lebih lagi kita yang berada dalam jamaah yang memperjuangkan Islam. Jangan bawa satu contoh yang tidak baik kepada masyarakat.

2. Hukum Perempuan Bersolek.

Persoalannya,adakah harus perempuan bersolek untuk dilihat oleh laki-laki yang lain daripada mahramnya?.
Kita biasa mendengar dalam kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh tuan-tuan guru,perempuan haram memperhiaskan dirinya supaya dilihat oleh laki-laki yang lain daripada mahramnya kerana boleh mendatangkan fitnah. Jesteru itu,cuba kita perhatikan,majlis persandingan yang diadakan pada hari ini di hadapan perempuan sahaja kah. Jika hukum harus yang dinyatakan dalam harakah yang disebutkan itu " harus jika tidak di hadapan laki-laki lain ", maka ianya mesti diberi penjelasan supaya masyarakat tidak keliru.
Kita melihat dalam kitab-kitab feqah,jika seorang perempuan itu keluar daripada rumahnya kerana pergi sembahyang berjamaah di masjid,pada hal ia memperhiaskan dirinya atau memakai bau-bauan sehingga boleh mendatangkan fitnah bagi laki-laki,maka haram ia pergi ke masjid pada ketika itu walaupun ia berhias tidak kerana dilihat orang atau bermegah-megah. Adapun bersanding itu memperhiaskan dirinya untuk dilihat oleh orang ramai dan kebiasaannya datang juga kemegahan diri kerana kecantikannya. Maka fikirkanlah.

3. Kita dalam jamaah Islam sering diingatkan supaya menutup aurat. Kerana ianya menjadi kewajipan bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan. Apa ertinya kita berjuang Islam,jika dalam masa yang sama kita melanggar perintah Allah. Melanggar perintah Allah bermakna kita merombakkan cabang-cabang iman. Dalam perkara menutup aurat ini, ingatlah bahawa yang dikatakan menutup aurat itu,tidak sahaja menutup kepala,bahkan menutup bentuk tubuh badan. Jika sekiranya seorang perempuan itu menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk tubuh,maka ianya tidak lagi dikatakan menutup aurat nisbah di luar sembahyang. Maka perbuatan yang demikian tidak mengikut hukum syarak. Pada majlis persandingan yang berlaku sekarang adakah pengantin perempuan itu menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki dalam Islam.

KESIMPULANNYA

Persandingan itu lebih besar mudaratnya. Perbuatan itu terlebih mudah mendatangkan maksiat bagi yang melaksanakannya dan yang meraikannya.
Dari kerana itu,saya ingin ingatkan kepada para guru atau ustaz,demi menjaga kepentingan agama dan menjaga daripada fitnah disebabkan perempuan ini terus berlaku dengan hebatnya, lebih baik tak payah bukalah jalan untuk persandingan. Nanti masyarakat berebut-rebut pula untuk mengamalkannya. Kita tahulah masyarakat kita sekarang ini,bila kita ajak mereka untuk berjihad,payah betul untuk menyahut. Tetapi kalau perkara yang tidak mendatangkan faedah dan menyukakan nafsu,mudah sangat menyahutnya.

Kita yang berada dalam gerakan Islam ini sepatutnya lebih beradab dengan Allah dan lebih memelihara agama dengan memelihara diri daripada perbuatan-perbuatan yang mendatangkan fitnah dalam agama. Islam tidak hanya menyuruh kita tegakkan negara dengan Islam,bahkan juga dalam diri setiap muslim.
Kita masih ingat,tahun 80 an dulu,program tarbiah dalam jamaah kita ini sangat menitik beratkan soal pergaulan laki-laki dan permpuan. Kita biasa membuat perbandingan dengan kumpulan yang menentang kita bahawa di antara akhlak buruk mereka ialah mereka tidak membatasi pergaulan antara laki-laki dan perempuan dalam sesuatu majlis. Dari kerana itulah kita dapati pada ketika itu apabila majlis ceramah diadakan,maka sekatan dibuat di antara pendengar laki-laki dan perempuan. Dan kebanyakan daripada yang datang itu mematuhi perkara ini. Kita dapati juga jika ada majlis yang besar yang dihadiri oleh pimpinan daripada muslimin dan muslimat seperti muktamar,tidak ada pula pimpinan dari muslimat yang berada di atas pentas bersama pimpinan muslimin. Tapi sekarang ini semua itu telah berubah. Kalau Islam ini perlu perubahan mengikut peredaran masa,maka itu dinamakan Islam Hadhari. Tidak dinafikan ada juga yang perlu dibuat perubahan dalam kerja-kerja Islam mengikut perkembangan semasa. Tetapi tengoklah perkara apa yang hendak dibuat itu.
Saya masih teringat ketika PAS memerintah Terengganu beberapa tahun yang lalu. Pernah muktamar diadakan di stadium negeri di Batu Buruk. Seorang wakil muslimat yang tak perlu saya sebutkan namanya di sini bersuara,mengapa pimpinan muslimat tidak diberi hak yang sama untuk duduk di atas pentas bersama pimpinan muslimin. Saya cukup berbangga dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru Haji Abd Hadi.

Mari kita fikirkan,apa ertinya kita berjuang Islam jika sekiranya diri kita sendiri masih lagi tidak beramal dengan ajaran agama. Orang yang hiasi dirinya dengan agama,Allah akan mempamerkan agama itu pada batang tubuhnya.

Apa yang saya maksudkan amal agama di sini,iaitu hiasilah diri kita dengan sifat-sifat yang baik. Jauhi diri daripada yang haram atau yang menjadi fitnah dalam agama.Merendah diri,ikhlas,barkasih sayang,mengawal diri dari emosi,lemah lembut dalam pergaulan, pemurah,suka tolong menolong dalam perkara yang baik dan berbagai-bagai lagi adalah sifat atau amal yang sangat dituntut dalam agama.
Adapun sifat ego,sombong kerana ilmu atau amal atau pangkat atau sebagainya,permusuhan,hasad dengki,ria', malas berbuat ibadat,bakhil,sentiasa harap pujian manusia apabila berbuat sesuatu amal dan seumpamanya,boleh memadamkan cahaya agama. Oleh itu ingatlah hai sahabat-sahabat seperjuangan sekelian,berjayanya kita dalam usaha yang kita jalankan ini bergantung kepada sejauhmana hubungan kita dengan Allah. Pertolongan Allah akan menyusul setelah kita benar-benar dapat menzahirkan kasih dan cinta kita pada agamanya. Dan Allah Maha Mengentahui akan hal itu. Wallahua'lam.


Daripada.

Us Adam Said
Ketua DPPKB.

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH

Bulan Zulhijjah
Risalah asal bertajuk
( Fadl Ayyam Asyr Zul-Hijjah),
Terbitan Dar Al-Watan, Riyadh dan telah disemak oleh:
Sheikh Abdullah bin Abdur Rahman Al-Jibrin.
Alih bahasa oleh:
Abu Anas Madani (Dr Abdul Basit Abd Rahman)


KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZUL-HIJJAH.
الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على سيد المرسلين ..... وبعد:
Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Salah satunya ialah:
Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zul-Hijjah.
Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
Firman Allah I:
} وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ {[سورة الفجر: 1-2]
:: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zul-Hijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari).
2. Dari Ibnu Abbas t, Rasulullah r telah bersabda:
( ما من أيام, العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر). قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال : (ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء ).
[رواه البخاري 969، وأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له].
Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).
3. Firman Allah I:
}وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ{ [سورة الحج: 28]
Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} (Surah Al-Haj: 28). Kata Ibnu Abbas t: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.
4. Dari Ibnu Umar t, Rasulullah r bersabda:
(ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد)
[رواه أحمد 5446-صحيح]
Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah I dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
5. Adalah Said bin Jubir t (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. (Riwayat Ad-Darimi- Hasan).
6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar :: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zul-Hijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:
1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban t berkata: Aku mendengar Rasulullah r bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” (H.R Muslim.) Ini umum untuk semua waktu.
2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: ‘Rasulullah r berpuasa pada hari sembilan Zul-Hijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei). Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari :: ‘Ibnu Umar dan Abu Hurairah y menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.’
Katanya lagi: ‘Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.’
Ibnu Umar t bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah t.

Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:
الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.
4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zul-Hijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah r. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya.
(أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده)
[رواه مسلم]
Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (H.R Muslim).
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah r tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.

5. KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZUL-HIJJAH.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal didalam setahun sehingga melebihi hari Arafah. Kata Ibnu Al-Qayyim :: ‘Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah r yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zul-Hijjah).
Setengah ulama' lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai dari hari Arafah dan pada hari itu juga Allah I turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.

CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah I. Firman Allah yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} (Al-Ankabut: 69).
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Kepada para jamaah haji semoga mendapat Haji yang mabrur, Amin.
Sekian, wassalam.

KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH

Di antara kelebihan dan kurnian Allah untuk hambaNya ialah di jadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan di janjikan pahala yang berganda banyaknya. Di antaranya:
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini." Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasul bersabda: "Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid)." (H.R: Al-bukhari, Ahmad, At-tirmizi)

Firman Allah: (Maksudnya) :
"Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang di tentukan". (Al-Hajj:28).
Kata Ibn Abbas: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.
Dari Ibn Umar, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: (maksudnya):
"Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih di kasihi Allah dari hari-hari yang sepuluh ini.Maka perbanyakkan padanya bertahlil, bertakbir, bertahmid." (H.R Ahmad-soheh)
Kata Ibnu Hajar Asqalani: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah, dan haji.Pada waktu lain ibadah-ibadah ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
AMALAN-AMALAN YANG BAIK DI LAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:
1. SOLAT.
Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu(berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan.Thauban berkata: "Aku mendengar Rasulullah bersabda: (maksudnya) : "Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepadaNya, Allah akan angkatkan darjatmu kepadaNya dan di hapuskan kesalahanmu." (H.R Muslim).- Ini umum untuk semua waktu.
2.PUASA.
Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh.Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari di sebahagian isteri-isteri rasulullah berkata: "Rasulullah berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura, dan tiga hari pada setiap bulan.(H.R Ahmad, Abu Daud, Nasa’ei).-Kata imam Nawawi: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang digalakkan.
3. TAKBIR, TAHLIL, TAHMID.
Berdasarkan hadith Ibn Umar di atas. Kata Imam Bukhari: "Ibnu Umar dan Abu Hurairah menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir.Apabila orang ramai mendengarnya, mereka turut bertakbir sama" – sehingga Mina riuh dengan suara takbir. - Ibnu Umar bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis, dan di semua tempat.Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Ibnu Umar dan Abu Hurairah. Adalah patut sekali para Muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah di lupakan pada hari ini.
4. PUASA PADA HARI ARAFAH
(Di sunatkan bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji, bagi yang mengerjakan haji tidak di sunatkan kerana Rasulullah tidak berpuasa sewaktu baginda wukuf di Arafah) Maka hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana Rasulullah telah bersabda mengenai kelebihannya yang bemaksud: "Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang"
5.HARI RAYA KORBAN (yaum an nahr-10 Zulhijjah)
Kebanyakkan umat Islam kini telah lupa akan kelebihan hari ini.Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia.Sesetengah Ulama’ berpendapat hari ini merupakan hari yang paling afdhal di dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.
Sabda Rasul yang bermaksud: "Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar-(hari para haji bermalam di Mina pada hari kesebelas Zulhijjah). (H.R Abi Daud).
Sesetengah Ulama’ pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hambaNya dari neraka lebih ramai dari hari Arafah dan pada hari itu juga Allah turun menghampiri hambaNya dan berbangga kepada malaikat dengan hambanya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (hari Nahr) berdasarkan hadith yang menyebut kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.Samada hari Nahr atau Arafah, yang lebih utama hendaklah setiapmuslim yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat kepadaNya.
CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:
1. Setiap muslim hendaklah menyambut musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari AllahTaala.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah.Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang berjihad (untuk mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat kebaikan." (Al-Ankabut:69). Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita di pilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.

TARIKH HARI RAYA TAK SAMA

TARIKH HARI RAYA YANG TIDAK SAMA
Soalan; Wukuf di Arafah jatuh hari rabu. Bagaimana mana Malaysia boleh raya hari khamis? Bukankah mesti ikut Arab Saudi?
Jawapan;
Firman Allah (bermaksud); “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: ‘(Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (bagi urusan dan amalan) manusia dan ibadah Haji”. (al-Baqarah: 189)
Firman Allah di atas menunjukkan bahawa peredaran anak-anak bulan adalah garis panduan bagi umat Islam dalam menentukan masa bagi ibadah-ibadah mereka termasuk puasa, hari raya (hari raya puasa atau hari raya korban), zakat, kitaran haid, iddah dan sebagainya.
Bagi Negara yang berjauhan antara satu sama lain, tidak mustahil berlaku perbezaan dalam penetapan masa ibadah berdasarkan rukyah atau melihat anak bulan tersebut -khususnya dalam masalah tarikh puasa dan hari raya- kerana matla’nya tidak sama. (*Matla’; tempat terbit atau tempat naik). Menurut ulamak, perbezaan itu diharuskan kerana ia berlaku pada zaman Nabi s.a.w. sendiri. Oleh demikian, bagi tarikh hari raya, umat Islam hendaklah mengikut tempat masing-masing kerana pesanan Nabi s.a.w.;
الصَّومُ يومَ تصُومُونَ، والفِطرُ يومَ تُفطِرُون، والأَضحَى يومَ تُضَحُّون
“Hari berpuasa bagi kamu ialah pada hari sekelian kamu berpuasa, hari berbuka kamu (yakni hari kamu menamatkan puasa Ramadhan dan menyambut ‘aidil-fitri) ialah pada hari kamu sekelian berbuka (yakni menamatkan puasa) dan hari berkorban bagi kamu (yakni ‘aidil-adha) ialah hari kamu sekelian berkorban”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.).
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak menetapkan; “Puasa Ramadhan, menyambut hari raya ‘aidil-fitri dan hari raya korban hendaklah bersama masyarakat (orang Islam) dan orang ramai (yakni tidak boleh dilakukan sendiri-sendiri)”. (Faidhul-Qadier, hadis no. 5169).
Namun bagi urusan yang berkait dengan haji, umat Islam wajib mematuhi keputusan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi kerana kerja-kerja haji tidak berlaku di tempat lain selain di Arab Saudi. Oleh itu, hari wukuf di ‘Arafah hendaklah dilakukan pada 9 Zulhijjah berdasarkan ketetapan Arab Saudi. Begitu juga dengan puasa sunat hari ‘Arafah. Oleh kerana puasa tersebut disunatkan bersempena hari ‘Arafah, maka ia hendaklah dilakukan pada hari 9 Zulhijjah berdasarkan ketetapan kerajaan Arab Saudi, bukan berdasarkan negeri masing-masing.
Abu Qatadah r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah’. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim). Abu Hurairah r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa puasa hari ‘Arafah hendaklah dilakukan bertepatan hari jemaah haji berwukuf di padang ‘Arafah.
Prof. Hamka pernah menyarankan; “Jika bersatu permulaan puasa, hari raya aidul-fitri dan hari raya aidil-adha di seluruh dunia, sehingga sama puasa kaum muslimin, sama berbuka dan sama hari raya haji, adalah satu hal yang baik sekali. Apatahlagi pada zaman sekarang dengan adanya alat-alat telekomunikasi yang cepat dapat menyampaikan berita di seluruh dunia. Hal yang seperti itu mungkin boleh dicapai”. (Lihat buku beliau; Membahas Kemusykilan Agama, hlm. 389). Saranan itulah yang kita harapkan dapat direalilasikan segera agar kecelaruan yang dihadapi oleh kaum muslimin hari ini tidak berterusan.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Tafsir al-Qasimi, Syeikh Jamaluddin al-Qasimi, jil. 1.
2. Faidhul-Qadir, Syarh al-Jami’ as-Saghier.
3. Membahas Kemusykilan Agama, Prof. Hamka.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:16 AM 0 comments

PUASA DI Bulan ZULHIJJAH (Bulan Haji)

PUASA PADA BULAN DZUL-HIJJAH?
Soalan; apakah kelebihan berpuasa dalam bulan Zulhijjah? Apa pula kelebihan puasa hari Arafah?
Jawapan;
Dari Hafsah r.a. menceritakan;
أربع لم يكن يدعهن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم صيام عاشوراء والعشر وثلاثة أيام من كل شهر والركعتين قبل الغداة
“Empat amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘ashyr (yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah), puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, at-Thabrani dan an-Nasai)
Maksud al-‘Ashyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Dzulhijjah hingga hari ke sembilannya. Disunatkan puasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari Arafah. Malah terdapat hadis lain yang menegaskan bahawa sepuluh hari awal Dzulhijjah adalah hari-hari paling baik untuk beramal dengan apa sahaja amal kebaikan, tidak tertumpu kepada puasa sahaja, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.;
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى اللَّه من هذه الأيام:يعني أيام عشر ذي الحجة
“Tidak ada hari-hari di mana mengejakan amal soleh padanya paling disukai oleh Allah dari hari-hari ini; yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Adapun fadhilat puasa hari ‘Arafah iaitu hari ke 9 Dzulhijjah, Abu Qatadah r.a. menceritakan;
سئل رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم عن صوم يوم عرفة؟ قال: يكفر السنة الماضية والباقية
“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”. (Riwayat Imam Muslim)
Hari ‘Arafah adalah hari yang paling afdhal dari segala hari.[1] Ini kerana Rasulullah bersabda;
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْداً مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Tidak ada satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari api neraka dari hari ‘Arafah”. (Riwayat Imam Muslim)
Namun demikian puasa pada hari ‘Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jamaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. menceritakan;
أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; “Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w, berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah”. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya. (Riwayat Imam Muslim).
Wallahu A’lam.

Sunday, November 23, 2008

NASIHAT KEPADA PEMIMPIN

05 November 2008
Pesanan Untuk Najib
DS Najib,
Tahniah kerana telah terpilih tanpa bertanding untuk menjadi Presiden UMNO. Nampaknya orang UMNO sudah penat untuk berlawan di pucuk setelah berbulan-bulan menikam DS Abdullah supaya berhenti. Mahu tidak mahu DS Abdullah terpaksa akur kepada tekanan dari berbagai arah kiri, kanan, depan, belakang samada dari dalam UMNO sendiri mahupun dari parti-parti komponen BN. Tekanan dari pihak pembangkang sudah tentulah tidak perlu disebut lagi.
DS Najib,
UMNO kini yang boleh dikatakan dalam keadaan yang tenat. Ia seperti harimau tua yang sedang cedera, kedarat untuk memburu tiada lagi hanya mengharapkan apa yang ada di hadapan mata. Apa saja yang dapat dimakan akan dibaham walaupun tikus kecil yang hanya sangkut celah gigi. Isu kecil seperti papan tanda dan perlantikan pemangku ketua PKNS diperbesarkan untuk dijadikan modal meraih sokongan. Ingatlah bahawa isu-isu seperti ini tidak banyak mendatang manfaat kepada UMNO, cuma sedikit tetapi ia boleh tersasar menjadi isu perkauman jika tidak ditangani secara berakal.
DS Najib,
Tahniah juga kerana sempat menyelamatkan diri dari skandal pembelian helikopter Eurocopter EC-725 Cougar. Tahukah DS jika anda terjebak amat susah untuk DS keluar kerana komplikasi kemasaan (timing) peralihan DS dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan. Sedangkan kes Altantunya dan Scorpene pun DS tenat dibuatnya, inikan pula satu lagi skandal pembelian helicopter. Tentu DS lega terlepas dari bala ini lebih-lebih lagi bila PAC mengesahkan bahawa tiada penyelewengan dalam prosedur pemerolehan helikopter itu. Semuanya mengikut prosedur standad antarabangsa. Tentunya standad tersebut diikuti, cuma yang tidak diikuti adalah harganya. Brazil beli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta sebuah jika transaksi jadi kenyataan. Walaupun prosedur tiada apa yang salah, adakah keupayaan kita berunding yang lemah (lihat posting saya tentang perkara ini).
DS Najib,
Pembentangan Pengembangan Bajet 2009 semalam menyaksikan usaha DS untuk meredakan kerisauan rakyat tentang kemelesetan ekonomi yang sedang menerjah kehidupan. RM7b yang dapat dijimatkan dari penarikan subsidi minyak tempoh hari mesti dibelanjakan dengan sebaik-baiknya. Rancangan DS untuk meningkat perbelanjaan dalam bidang teras seperti pembinaan (melalui pembinaan banyak rumah murah) dan meningkatkan modal insan boleh diterima. Sememangnya banyak perancangan kerajaan yang baik-baik, dari kementerian apa pun, tetapi yang merosakkanya adalah implementasi yang menyeleweng. Projek-projek mega untuk memangkinkan ekonomi tersasar menjadi pemangkin poket tertentu. Tender terbuka yang sepatutnya terbuka diberi secara terus tanpa telus. Tau-tau sahaja kompeni si anu-si anu telah dapat projek ratusan juta. DS harus mengkaji semula akan kewajaran rundingan terus terhadap projek-projek mega yang DS cadangkan. Kita tidak mahu 'ripple effect' dari projek-projek mega negara, yang diharapkan untuk menggerakkan ekonomi, tidak menjadi kerana penyelewengan oleh pihak yang berautoriti.
DS Najib,
Anda ini berada di ambang kuasa tertinggi di Malaysia. Jawatan Presiden UMNO kini hanya berada dihujung jari DS. Datang bulan Mac '09 DS akan menjadi Presiden UMNO dan jika BN masih lagi memerintah Malaysia, DS akan menjadi PM Malaysia yang ke-6. DS perlu terlebih dahulu mengemaskan UMNO sebelum dapat mengemaskan Malaysia. Rasuah politik sangat membarah dalam UMNO. DS perlu membersihkan parti DS jika mahu UMNO dihormati semula oleh kawan dan lawan. Lihat sahaja sekarang MCA pun sudah berani menyuarakan rasa marah pada UMNO secara terang-terangan. Konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan UMNO selama ini kini dipersoalkan oleh MCA dan Gerakan, rakan kongsi dan penyanjung UMNO dalam kerajaan. Mungkin konsep ini tidak relevan lagi sekarang. Zaman globalisasi mendambakan bangsa yang berdaya saing untuk maju. Konsep tuan dan hamba tidak lagi sesuai dan tidak akan membawa bangsa Melayu ke mana-mana. Jika DS mahu UMNO terus relevan, konsep ketuanan bangsa ini harus ditinggalkan dan diganti dengan ketuanan rakyat.
DS Najib,
Melayu ugamanya Islam dan bahasanya Melayu. Itulah Melayu mengikut perlembagaan Malaysia. Bukanlah Melayu itu mesti jadi tuan baru jadi Melayu. Melayu yang memegang Islam sekuat-kuatnya sahaja dapat membawanya ke mercu kejayaan. Sejarah telah membuktikan bahawa dengan Islam sesuatu bangsa itu akan menjadi cemerlang. Sekali ia meninggalkan Islam hilanglah daya maju dan daya saingnya. Lihatlah Turki sebagai contoh. Dulu semasa Islam menjadi tonggak, Turki adalah tuan di Eropah tetapi sejak Kamal Attaturk membawa Turki meninggalkan Islam, Turki kini menjadi pengemis di pinggir Eropah. Tentunya kita tidak mahu Malaysia serupa nasibnya seperti Turki.
Ketahuilah DS, UMNO yang DS pangku selama ini mengarah ke arah jalan yang dilalui Turki. Sekurang-kurangnya Turki di bawah Erdogan kini cuba balik ke pangkal jalan. Tetapi Malaysia di bawah UMNO semakin menjauh. Lihat sahaja program Islam Liberal yang sedang hebat menyerang keutuhan Islam asli. UMNO seolah-olah membiarkan sahaja dan dalam banyak hal menggalakkannya (hiburan yang melampau, misalnya). Kita lihat akhlak Melayu baik yang tua mahupun orang muda, semakin parah. Ini berlaku di depan mata Islam Hadhari yang dibawa oleh PM Abdullah. Gejala dadah, rempit, bohsia, riddah (murtad) dan jenayah semakin berleluasa dan majoriti pelakunya adalah orang Melayu. PM Abdullah seperti tidak dapat membendung gejala-gejala negatif ini. Bagaimana pula DS? Dapatkah DS membendung segala gejala-gejala tersebut di kala DS jadi PM nanti?
Ingatlah, selagi pemerintahan DS tidak menjalankan hukum-hukum Allah selagi itulah masalah-masalah yang dihadapai oleh PM-PM yang terdahulu akan mengganggu DS. Olehitu, sekali lagi diingatkan, selagi DS tidak mengambil undang-undang yang beteraskan Al Quran selagi itulah masalah Melayu dan Malaysia tidak akan selesai.
DS Najib,
Demokrasi Malaysia perlu lebih dibuka. Mungkin tidak seluas demokrasi di Amerika tetapi pihak pembangkang perlu di berikan peluang yang sama. Akses kepada media perlu diberi kapada semua bukan dibolot oleh BN semata-mata. Undang-undang drakonian ISA perlu dibuang. Badan Kehakiman mesti diberikan maruahnya semula dengan memberi mereka kebebasan bekerja tanpa campurtangan pihak eksekutif.
Berikan taring kepada BPR bukan hanya gusi yang tidak dapat mengunyah, hanya menelan segala kes-kes berprofil tinggi yang singgah di sana. Letakkan BPR di bawah tanggung jawab Yang Di Pertuan Agaong atau Parlimen supaya tiada penguasa yang boleh menempelak mereka.
Akhirkata DS Najib,
Waktu untuk DS berbulan madu telah lama tamat. Kerja keraslah untuk meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan negara kita yang tercinta. Malaysia perlu dinakhodai secara bersih, telus dan berhemah bukan dinodai ikut serakah rimba. Ingat! para pengundi kini bukan lagi seperti zaman Tun Mahathir. Mereka lebih bermaklumat dan matang memilih. Pakatan Rakyat adalah pilihan mereka bila datang PRU13, jika DS kecundang memimpin bangsa Malaysia.
Posted by Sheikh Sambal at 8:34:00 AM
Labels: Malaysia, Politik

MEMPERTEGUH EKONOMI UMMAH

MEMPERTEGUHKAN EKONOMI UMMAH
(*Artikel ini telah ditulis sekian lama. Oleh itu, mungkin fakta di dalamnya tidak terkini)

Ekonomi adalah antara bidang utama yang mesti diberi penekanan oleh umat Islam hari ini. Selain daripada penguasaan dalam bidang saqofah, teknologi dan maklumat, penguasaan ekonomi juga merupakan syarat utama -dari segi kemajuan material- yang dapat meninggikan martabat umat dan meneguhkan kedudukan mereka di tengah-tengah persaingan antara negara atau bangsa yang semakin hebat pada masa ini. Hakikat ini sememangnya disedari oleh para mufakkir Islam di antaranya Syeikh Said Hawa di mana beliau meletakkan "Ekonomi" antara planing/perancangan utama yang mesti difikirkan oleh para pekerja Islam dalam kitabnya Jundullah Takhtitan.

Menjadi hakikat yang tidak dapat dinafikan pada hari ini bahawa umat atau negara Islam kalau dilihat dari segi ekonomi -bahkan bidang-bidang yang lain- jauh ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa atau negara yang lain. Aktiviti pengeluaran umpamanya (kenderaan, alat elektronik, idea, senjata dsbnya) yang merupakan topik utama dalam perbicaraan ekonomi hari ini ternyata dikuasai oleh negara-negara seperti Jepun, Korea, Amerika dan negara-negara Eropah sedangkan negara-negara umat Islam hanya mampu menjadi pengguna sahaja.

Masalah hutang luar merupakan antara krisis yang paling rumit yang dihadapi oleh ekonomi dunia pada hari ini. Negara-negara umat Islam tidak terlepas daripada krisis ini. Dalam bancian yang dibuat oleh Bank Dunia, negara-negara yang menghadapi bebanan hutang yang teruk termasuklah beberapa negara Arab Islam iaitu Sudan, Mauritania, Somalia, Maghrib dan Mesir. (m.s 45, Iktisad Alami, Dr.Said Najjar).

Kalau dilihat kepada skop yang lebih kecil lagi iaitu dalam negara kita Malaysia, ekonomi dikuasai oleh bangsa bukan Islam iaitu Cina. Kalaulah tidak kerana kuasa politik yang masih berada di tangan kita nescaya bangsa Melayu sudah lama menjadi bangsa terbuang di tanah sendiri seperti mana yang telah terjadi kepada Red Indian di Amerika Syarikat dan Australia.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, sehingga Jun 1995 (*ketika artikel ini ditulis), Penguasaan ekonomi Bumiputera cuma 20.3 peratus.(Ini bermakna 79.7% lagi dikuasai oleh bangsa yang lain sama ada Cina,India dsbnya.). Laporan ini sudah tentunya amat mengejutkan kita kerana kita selama ini terlalu kerap dipaparkan dengan berita mengenai pencapaian segelintir usahawan Bumiputera di bidang korporat sedangkan kedudukan dan nasib sebenar Bumiputera secara meluas tidak disingkap sepenuhnya.

Apakah punca disebalik kelemahan ini? Ada di kalangan umat Islam dan para Orentalis yang menyalahkan Islam di mana mereka meletakkan kelemahan umat Islam hari ini adalah berpunca daripada pegangan mereka kepada agama umumnya dan kepada Islam khususnya. Jadi untuk maju maka umat Islam mesti meninggalkan agama dan beralih kepada Ideologi yang dianuti oleh negara-negara maju seperti Jepun,Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah..
Bagi kita kenyataan/konklusi yang dibuat di atas adalah tidak tepat dan langsung tidak berlandaskan kepada ciri-ciri ilmiah. Ia dibuat semata-mata berdasarkan waham tanpa didahului analisis dan pembuktian terlebih dulu. Persoalan nya; bilakah Islam -khususnya dari aspek ekonomi- telah diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya pada zaman mutakhir in sehingga ia boleh dihukum sebagai mazhab/pegangan yang bertanggungjawab kepada kelemahan umat.

Sememangnya Islam bukan suatu yang baru kemunculannnya. Ia merupakan kakikat yang lama yang telahpun membuktikan kemampuannya untuk memimpin dan membentuk masyarakat yang sejahtera selama beratus-ratus tahun lamanya. Cuma sejak kejatuhannya di zaman mutaakhirin ini (kerana kedengkian musuhnya dan kelalaian penganut-penganutnya sendiri) ia belum lagi diberi peluang oleh manusia untuk memimpin dan membentuk masyarakat termasuklah dalam bidang ekonomi. Ini berbeza dengan teori ekonomi Kapitalis dan teori Sosialis yang telah diberi peluang secukupnya oleh manusia zaman ini di mana keduanya telah dilaksanakan dengan meluas oleh negara-negara di dunia hari ini termasuklah negara-negara Islam sendiri.

Kita berkeyakinan bahawa sebab-sebab kelemahan umat Islam dalam bidang Ekonomi dan juga bidang-bidang yang lain bukanlah kerana Islam. Sebab utama ialah sikap umat sendiri yang tidak yakin dengan doktrin/pegangan Islam yang mereka miliki dan tidak berkomitmen serta tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ta'alim/pengajaran Islam dalam kehidupan mereka. Bangsa Jepun,Cina,Eropah dsbnya yang menganut Ideologi Kapitalis atau Sosialis, mereka boleh maju kerana mereka yakin dengan ideologi yang mereka anuti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya dalam kehidupan. Adapun umat Islam hari ini, mereka terus menerus dilanda krisis ketidakyakinan terhadap pegangan mereka. Mereka hilang keyakinan terhadap Islam dan lantaran itulah mereka cuba beralih kepada Ideologi - dari satu ideologi ke satu ideologi- dengan harapan dapat membina kemajuan tetapi ternyata bahawa ideologi-ideologi ini telah membawa kemusnahan dan kerosakan yang lebih teruk lagi kepada mereka. Hal ini disebut oleh penulis Akhbar, Ahmad Bahjah dalam bukunya "يقظة النمر الآسيوي" (Kebangkitan Harimau Asia) ;"Dunia Islam dan juga Dunia Arab telah mencuba preskripsi daripada blok Sosialis dan juga daripada blok kapitalis. Ternyata bahawa preskripsi-preskripsi ini telah memarahkan lagi kesakitan dan nenambahkan lagi kelemahan dan kemunduran" (m.s 8).

Kekuatan umat Islam terletak pada Islam. Ia merupakan kekuatan asal mereka yang telah bertanggangjawab membina kegemilangan bagi nenek moyang mereka dahulu. Untuk membina kembali kemajuan pada hari ini sama ada dari aspek ekonomi atau lainnya,umat Islam mesti kembali kepada Islam dimana Imam Malik pernah berkata; “لا يصلح أمر هذه الأمة إلا ما صلح به أولها” (Tidak akan baik urusan umat ini melainkan dengan apa yang menjadikan umat awalnya baik).

Di samping itu, mereka perlu mengubah sikap menjadi umat yang berkeyakinan, berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pegangan/doktrin yang mereka anuti. Firman Allah; “إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم” (Sesungguh Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka sendiri mengubah keadaan diri mereka).

Setelah kekeliruan di atas diperjelaskan, satu perkara lagi yang penting untuk difikirkan ialah; Apakah khittah (perancangan) kita untuk menyelamat dan memperteguhkan ekonomi umat Islam pada hari ini terutama dalam konteks negara kita Malaysia yang hari ini menghadapi persaingan yang hebat dengan bangsa bukan Islam? Perancangan inilah yang perlu difikirkan bersungguh-sungguh oleh kita agar kita bukan hanya sekadar berteori sahaja.

Perancangan utama yang mesti dilakukan ialah memperkuatkan pegangan orang Melayu Islam terhadap prinsip-prinsip ekonomi Islam kerana inilah noktah bidayah kemajuan umat Islam dalam ekonomi. Kita maksudkan dengan prinsip-prinsip Ekonomi Islam ialah perkara-perkara dasar dalam ekonomi Islam seperti pengharaman riba, penipuan, gharar, meraikan halal dan haram, mengutamakan keadilan, saling reda meredai dan sebagainya yang banyak dihuraikan oleh ulamak dalam kitab-kitab karangan mereka. Tindakan praktikal yang mungkin dapat kita lakukan dalam suasana sekarang ini -di samping tindakan-tindakan yang lain- ialah menyeru bangsa melayu khususnya (kebanyakannya beragama Islam) supaya bermuamalah dengan institusi kewangan atau institusi ekonomi yang berciri/berlunaskan Islam dan membuat pemulauan sedapat mungkin terhadap institusi-institusi yang bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam. Dalam muamalah Bank kita menyeru mereka supaya menggunakan Bank Islam dan Syarikat-Syarikat Kewangan yang lain (spt. Tabung Haji) dan memulau bank-bank riba. Bagi orang Islam yang ingin terlibat dengan sekuriti, kita memberi galakan/berkempen supaya mereka hanya membeli sekuriti-sekuriti yang halal yang kini telah diambil inisiatif oleh Bank Islam dan juga Persatuan Ulamak untuk menyenaraikannya bagi pengetahuan umat Islam. Dalam muamalah Insuran pula, Syarikat Takaful merupakan arternatif terbaik yang boleh menggantikan syarikat-syarikat Insuran yang lain yang bercanggah dengan Islam.

Dalam usaha untuk memajukan Ekonomi ummah hari ini, penglibatan aktif dalam dunia perniagaan dan pengeluaran merupakan suatu kemestian yang tidak dapat dielakkan. Umat Islam mesti diberi galakan secukupnya untuk terlibat dengan perniagaan dan pengeluaran. Ada dua matlamat utama disebalik penglibatan aktif dalam dunia perniagaan dan pengeluaran ini iaitu;
1.Untuk memungkinkan wujudnya pasaran bersekutu antara umat Islam/orang Melayu.
2.Untuk membebaskan pergantungan umat Islam/orang Melayu terhadap bangsa asing.

Penglibatan aktif dan menyeluruh dalam dunia perniagaan bermakna setiap barangan atau perkhidmatan ada diperniagakan dan dikeluarkan oleh orang-orang Islam. Apabila suasana ini berlaku maka pasaran bersekutu antara umat Islam mungkin untuk diwujudkan dan sekaligus penggantungan terhadap bangsa asing dalam aspek ekonomi dapat dihapuskan.

Untuk melengkapkan khittah (perancangan) di atas(iaitu pasaran bersekutu dan pembebasan daripada pergantungan kepada bangsa asing), kesedaran tentang aulawiyyat (keutamaan) perlu ditanamkan di kalangan orang-orang Islam khususnya orang Melayu. Aulawiyyat yang kita maksudkan di sini ialah aulawiyyat dalam bermu'amalah dengan pengertian; dalam bermuamalah (jual beli, bersyarikat dan sebagainya) mereka hendaklah mengutamakan barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau diperniagakan oleh orang yang seagama dengan mereka. Mungkin ada di kalangan kita yang mempersoalkan; kenapa perlu menskopkan orang Islam sahaja sedangkan bermuamalah dengan orang bukan Islam dalam jual-beli dsbnya juga diharuskan oleh Islam? Ya, kita mengakui perkara ini namun apa yang kita bicarakan di sini bukan masalah boleh atau tidak boleh tetapi masalah keutamaan. Islam dan umat Islam pada hari ini perlukan perhatian dan pengutamaan. Kalau kita sendiri sebagai anak-anak Islam tidak memberi keutamaan kepada Islam dan orang-orang Islam siapakah lagi yang diharapkan akan memainkan peranan ini? Apatah lagi umat Islam pada masa ini berada dalam suasana persaingan yang hebat dengan bangsa-bangsa yang lain di samping menghadapi konfrantasi musuh dari segenap penjuru.

Perlu juga dipertegaskan disini bahawa kesedaran individu semata-mata tidak memadai dalam usaha untuk merealisasikan khittah (perancangan) di atas. Ia perlukan juga kepada kesedaran jamaie (secara berkelompok). Usaha untuk mewujudkan pasaran bersekutu dan usaha untuk memberi kesedaran aulawiyat seperti yang dijelaskan tadi perlu ditangani oleh institusi-instusi yang berpengaruh yang mampu menguasai minda masyarakat Islam seperti parti-parti politik, badan-badan dakwah dan sebagainya. Di samping itu badan-badan gabungan seperti Badan Gabungan Usahawan Islam, Badan Gabungan Peniaga-Peniaga Islam dan sebagainya perlu diwujudkan dan diberi perhatian secukupnya oleh institusi-institusi berpengaruh di atas ke arah memperkemas dan memantapkannya. Jika sekiranya bangsa Cina yang ternyata telah menguasai ekonomi negara pada masa ini merasa perlu untuk mewujudkan badan-badan gabungan mereka sendiri dengan menubuhkan Persatuan Peniaga-Peniaga Cina, Persatuan Tabib-Tabib Cina dan sebagainya, adakah kita (bangsa Melayu/Muslim) tidak merasa terpanggil untuk berbuat demikian?

Terdapat banyak lagi perancangan-perancangan yang telah dikemukakan oleh para ulamak dan Intelektual Muslim dalam usaha menigkat ekonomi umat Islam hari ini seperti penubuhan Bank Islam Sedunia, Bank Islam Asia (iaitu cadangan Dr. Ibrahim Ahmad, pensyarah Universiti Brunei dalam kertas kerjanya bertajuk “Bank Islam Asia”), mewujudkan Pasaran Bersekutu antara Negara-Negara Islam, memperkemaskan institusi zakat, menubuhkan Tabung Bantuan Usahawan Islam dan lain-lainnya.

Sebenarnya perancangan untuk memaju dan memantapkan ekonomi ummah ini perlu difikir dan dilaksanakan dari semasa ke semasa kerana ekonomi merupakan bidang yang tidak pernah berhenti pada satu tahap di mana ia meningkat dari masa ke masa, dari tahun ke tahun bersama dengan peningkatan pemikiran manusia itu sendiri. Berhenti berfikir untuk merancang dan bertindak dalam keadaan orang lain terus menerus berfikir bermakna membenarkan orang lain berterusan mengatasi kita. Dengan sebab itulah, mengikut Syeikh Said Hawa dalam kitabnya “Jundullah Takhtitan”; umat Islam hari ini memerlukan kepada ulamak, intelek dan duat yang mempunyai “العقل المخطط” (aqal perancang). Ini kerana, hanya Muslim yang mempunyai aqal perancang sahaja yang dapat mengatur strategi dan langkah-langkah untuk memaju dan meningkatkan kemampuan umat Islam meliputi segenap bidangnya termasuklah ekonomi.

(Artikel ini ditulis ketika penulis di Mesir (1992-1997). Tarikh mengikut komputer; 23 Rejab 1419H)
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 6:11 PM
Sunday, June 22, 2008

RANSANGAN UNTUK BERUBAT

RANSANGAN NABI S.A.W. SUPAYA BERUBAT
Diceritakan dalam sebuah hadis; "Beberapa orang dari pedalaman datang menemui Nabi s.a.w. dan bertanya kepada baginda; "Ya Rasulullah! Bolehkah kami berubat?. Baginda menjawab; "Ya. Wahai hamba Allah! Berubatlah. Kerana sesungguhnya Allah tidak menjadikan suatu penyakit melainkan menjadikan untuknya penyembuhan atau ubat kecuali satu penyakit sahaja (iaitulah penyakit tua)" (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dari Usamah bin Syarik r.a.).

Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. telah memberi rangsangan dan galakan kepada setiap orang yang terkena penyakit supaya mencari ubat untuk menyembuhkan penyakitnya dan jangan sekali-kali berputus asa kerana setiap penyakit ada ubatnya. Menurut Ibnul Qayyim al-Jauzi dalam kitabnya Zaadul Ma'aad; "Sabda Nabi s.a.w. 'Setiap penyakit itu ada ubatnya' merupakan suatu daya penguat jiwa pesakit dan doktor dan merupakan galakan ke arah mencari ubat tersebut dan membuat kajian untuk tujuan itu. Seseorang pesakit yang merasakan penyakitnya mempunyai ubat akan makin bertambah pergantungan hatinya dengan roh harapan, kehangatan perasaan putus asanya akan sejuk dan akan terbukalah pintu pengharapan…". (Zadul Ma’ad, jil. 4, m/s 69).

Dalam satu hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda; "Setiap penyakit mempunyai ubat. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah" (Hadis riwayat Imam Muslim dan Ahmad daripada Jabir r.a.).

Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila penyakit itu bertemu ubatnya maka sembuhlah dia. Itulah yang disebut sebagai keserasian. Namun, dalam proses mencari ubat, manusia sering menemui jalan buntu apabila usaha-usaha yang dilakukan itu tidak berjaya. Sering kita dengar bahawa seseorang itu kadang-kadang dijangka tidak mempunyai harapan untuk terus hidup. Jika ia hidup usianya mungkin hanya dalam jangka enam bulan atau setahun. Jangkaan seumpama itu biarpun berdasarkan kepada lumrah atau pengalaman, kajian-kajian saintifik atau sebagainya, namun, hal tersebut tidak seharusnya dijadikan satu hukuman untuk tidak memberi harapan hidup biarpun jangkaan seumpama ini mungkin benar-benar terjadi. Hanya Allah yang menentukan kematian seseorang. Biarpun doktor menjangkakan umur seseorang para tarikh-tarikh tertentu, namun selagi jangkaan tarikh tersebut tidak menepati ketentuan Allah, orang yang berkenaan tetap hidup.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 1:48 AM 0 comments
Subscribe to: Posts (Atom)

REBUTLAH SAF DIHADAPAN

KENAPA ENGGAN BERADA DI SAF HADAPAN?
"Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan qurbah adalah makruh"

Satu fenomena yang selalu kita lihat di masjid-masjid, terutamanya hari jumaat; orang kita tidak suka berada di saf hadapan. Jika ada ruang hadapan yang kosong, biasanya orang yang

berbetulan dengan ruang itu tidak akan melangkah ke depan, tetapi mempersilakan orang lain untuk mengisi ruang kosong itu. Ia merasakan tindakannya itu baik kerana mendahulukan orang lain. Sebenarnya, perbuatan itu adalah makruh. Sepatutnya apabila ada ruang kosong di saf hadapan kita, kitalah yang paling utama merebut ruang itu dari orang lain. Firman Allah (bermaksud); "Maka berlumba-lumbalah kamu untuk melakukan kebaikan" (al-Baqarah; 148). Sabda Nabi s.a.w.; "Jika kamu mengetahui besarnya pahala yang ada di saf hadapan, nescaya kamu akan merebutnya sekalipun terpaksa mengundi (untuk mendapatkannya dari orang lain)" (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a..

Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan; "Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan-amalan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) hukumnya adalah makruh. Adapun dalam menerima pemberian, maka memberi keutamaan kepada orang lain adalah digalakkan". Kaedah Fiqh ini memberi pengertian; jika kita ada peluang untuk melakukan amalan kebaikan/kebajikan, rebutlah peluang itu dan jangan menyerahkannya kepada orang lain kerana kita yang amat memerlukan pahala dari amalan itu. Kita tidak mengetahui; apakah pahala yang kita ada sudah mencukupi atau tidak? Kerana itu, kita perlu merebutnya. Sebaliknya pula dalam menerima pemberian; kita digalakkan mengutamakan orang lain. Contohnya; ada orang datang membawa makanan untuk kita dan kawan-kawan bersama kita. Maka ketika itu, kita disunatkan mempelawa kawan-kawan kita untuk lebih dulu mengambilnya, kemudian barulah kita mengambilnya.

Wallahu a'lam.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:48 AM 0 comments

PETUA DI DAPUR

Aku dapat dari web kawan kawan
PETUA DI DAPUR UNTUK DIAMALKAN :

1. KUPAS BAWANG
Untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang didalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih, tidak berbau, warna kulit yg bersinar, insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang dihiris.
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian dibilas dengan air mengalir.
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa memasak nasi.
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan cili kering di dalam bekas beras dan gaul.
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pastikan niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik dan kemudian setiap bahan mestilah dibasuh dengan air yang mengalir, berselawatlah banyak-banyak semasa memasak dan selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

(dipetik dari petua Chef Sabri @ http://chefsabri.blogspot.com/)
Posted by Sheikh Sambal at 3:30:00 PM 0 comments Links to this post
Labels: Da'awah, Health And Diet

Sunday, November 16, 2008

DOA utk keselamatandan mulia

DOA MEMOHON KESELAMATAN TERHADAP DIRI, ANAK-ANAK, KELUARGA DAN RUMAHTANGGA DARI KEJAHATAN MANUSIA, BINATANG DAN BALA BENCANA

إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،
وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،
أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،
أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

( Riwayat al-Baihaqiy dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490 , Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)

Kelebihan & Khasiat
Menurut riwayat dari al-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya.Abu Darda menafikannya.Kemudian dating lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang dketiga tetapi tetap dinafikannya.Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api itu hamper dengan rumahnya ia terpadam sendiri.Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya”.





DOA SUPAYA DILIHAT MULIA DAN BERKARISMA
Posted on 15:45 comments (3)
اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِيْ رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الـْخَيْرِ بِنَاصِيَتِي وَاجْعَلِ الْإِسْلامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلـِيْلٌ فَأَعِزَّنِيْ وَفَقِيْرٌ فَأَغْنِنِيْ وَارْزُقْنِي

Maksudnya : Ya Allah, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaanMu, dan bimbinglah aku kepada kebaikan, dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan, ya Allah aku ini lemah, maka kuatkanlah aku ini hina maka muliakanlah aku, aku ini miskin maka kayakanlah aku dan kurniakan rezki padaku .[1]

Keterangan :

Doa ini diriwayatkan oleh Ibn Asakir dari al-Barra` , dan dari jalan yang lain oleh Abdullah bin Amru, bahawa Nabi s.a.w menjelaskan apabila Allah mengkehendaki kebaikan buat seseorang maka dia tidak akan lupa membaca doa ini .[2]
Dari Jami bin Syaddad dari bapanya, beliau meriwayatkan bahwa kandungan doa ini hampir sama dengan doa yang sering diamalkan oleh Umar al-Khattab r.a sebelum memulakan kulia-kuliahnya. [3]

[1] Ibn Abi Syaibah 29353 , al-Hakim ( 1931 ), dianggap sahih olehnya
[2] Ibn Asakir ( 1264) , Jam’ul Jawamik oleh al-Suyuti ( 1275 )
[3] Jamik al-Ahadith ( 30686 ) dan Kanzul Ummal ( 14186)